Sunday, June 6, 2010

Kembara Perpaduan Part 2

Antara koleksi gambar ketika mengadakan Kembara Perpaduan Ke Kuala Terengganu.
Majlis ini di rasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah di Taman Damai.
Peserta berlepas Jam 8.15 pagi dan disertai oleh KRT Tanjung Mas


Layout keseluruhan program

Ketika majlis perasmian dan pelepasan peserta oleh Pegawai Perpaduan Daerah


Peserta mendengar taklimat dan perasmian serta pelepasan peserta.


Berehat dan makan pagi di Pantai Penarik..


Tibanya di KRT Kg Nibong.. Disambut oleh AJK KRT di sana, Perjalanan kami lancar pabila dibantu oleh Unit Peronda Traffik Kuala Terengganu.


Sambutan diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh Wanita KRT Kg Nibong.
Ucapan bertukar ucapan dan cenderahati.

Jamuan tengahari yang disediakan oleh KRT Kg Nibong, Terima kasih daun keladi, Kenyang perut suka hati....



Nilah gambaran ketika kekenyangan dan ketika menjamu selera, Rasa syukur yang teramat sangat apabila merempuhi perjalanan yang jauh dan disambut dengan meriah serta disediakan jamuan... cukup berpuas hati.. sampaikan kekenyangan.


Acara di tepi Pantai Batu Buruk. Merehatkan badan sambil melayan kerenah anak-anak bermain layang-layang serta menaiki kereta kuda.. Perancangan sebenarnya ialah untuk ke Pasar Payang.. tetapi memandangkan jalanraya yang sesak dan masalah parking maka ditukar perancangannya dan melepak di Pantai Batu Buruk ni.

Masjid Terapung..... ada yang mengambil kesempatan membeli cenderahati dan juga mandi di Masjid ini


Destinasi terakhir ialah di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam. Di sini kami berehat dan menikmati keindahan ciptaan manusia untuk mengagungkan kekuasaan Allah.
Rombongan bertolak pulang ke Kelantan pada jam 6.00 petang selepas mengambil bekalan makan malam. Rombongan singgah sembahyang dan makan malam di asjid ketika perjalanan pulang. Sampai di Taman Damai lebih kurang jam 11 malam.

Diharap program seumpama ini akan di adakan dari masa ke semasa dan dapat mengeratkan hubungan sesama ahli KRT Tanjung Mas.

SYABAS Semua yang terlibat..

****Bagi peserta yang ingin mendapatkan foto kembara ini sila hubungi:

Ustaz Zahari
Cikgu Sapri

****************** TQ***********

Saturday, June 5, 2010

KEMBARA PERPADUAN KRT TANJUNG MAS KE TERENGGANU.

Pada 5hb Jun 2010, KRT Tanjung Mas telah mengadakan Program Kembara Perpaduan Ke Kuala Terengganu. Kembara ini disertai seramai 87 orang ahli KRT dengan 20 buah kereta.

Program ini diketui oleh En.Kamaruzaman (Pengerusi KRT) dan dirasmikan oleh En.Nazri, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Bharu dan seterusnya melepaskan peserta konvoi.

Memori sekitar kembara dipaparkan di bawah :















Berehat di Pantai Penarik.

Baru kena pagi ni........................


KRT KG.NIBONG, KUALA TERENGGANU.

Ucapan Aluan KRT Kg.Nibong.

Pengerusi dok berucap balas.

Persembahan Nasyid KRT Kg.Nibong.

Dok dengar taklimat.

Best ! sa lagu lagi.......

Makan tengah hari, tak tahan dohh.



MASJID TERAPUNG:





PANTAI BATU BURUK:




MASJID KRISTAL:

Masjid Kristal, Terenganu.








Thursday, June 3, 2010

Hari ini 3 Jun 2010 telah diadakan Majlis Bacaan Yasim dan Sembahyang Hajat di Musaala Taman Tanjong Mas.

Ribuan terima kasih pada yang hadir.


Wednesday, June 2, 2010