Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010


Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua warga KRT Tanjung Mas dan diharap kesepakatan dan perpaduan kita semakin kukuh






BBQ Di ambang 2010














Tuesday, December 29, 2009

Gotong Royong Persiapan Kuca Sura

29/12/2009
KRT Tanjung Mas mengadakan gotong royong membersihkan kawasan untuk persediaan kuca sura pada 1/1/2010 nanti
Gotong royong diadakan jam 5.30 petang disertai oleh ahli KRT dan juga penduduk setempat. Semua persediaan dibuat awal untuk menyediakan tapak dan juga tempat kawah.
Gotong royong pada hari ini berakhir jam 7.00 malam.

Semua ahli KRT Tanjung Mas dan juga Penduduk Tanjung Mas dijempu hadir untuk majlis assyura itu nanti pada 1/1/2010.


Pengerusi KRT Tanjung Mas bersama-sama membersihkan kawasan.

Gaya Halim ketika memotong rumput..

Sapri ( TJ 05 ) sedang mengumpul sisa rumput yang telah dipotong.

Gotong royong ini akan bersambung esok 30/12/2009 untuk mendirikan khemah dan tapak kaca sura.


Sekitar Gotong Royong Tapak As Syuara



En.Halim dok mesin rumput.








Dok isi minyak...........


Eh...... tinggi lagi nih



29.DIS.2009

Sunday, December 27, 2009

Perhatian !!!

Kepada semua warga KRT Tanjung Mas, dimaklumkan satu gotong royong akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 29 Disember 2009

Hari : Selasa

Tempat : Di Perkarangan Pos Kawalan.

Masa : 5.00 petang.

Kerja-kerja gotong royong ini bersangkutan dengan potong memotong rumput dan sama tanah. Sila bawa peralatan berkaitan sahaja.

Sekian, terima kasih.

Saturday, December 26, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil As Syuara.


Sedang asyik mendengar penerangan dari Abe Nor.


Bincang gapo tu........ ralit sangat


Pengerusi KRT TJ sedang menyampaikan taklimat.



Apa yang diperkatakan tu.....



En.Amzar dan En.Wadid khusyuknya ........

Majlis Ceramah 1Malaysia

"Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian"

Majlis Ceramah 1Malaysia Dan Majlis Akhir
Tahun 2009 Bertempat Di SMK Sultan Ismail
Petra, Kota Bharu (26 Dis 2009)

Ceramah Tatacara Pengurusan Kewangan Rukun Tetangga
Di sampaikan Oleh :
YABs Tn.Hj.Abd Hadi B Mohd Salleh
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Negeri Kelantan


Peserta kursus RT Daerah Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Friday, December 25, 2009

Lawatan Muhibbah TC 05 dan TC07

26/12/2009

Pos Kawalan TJ telah dilawati oleh TC05 dan TC 07 sekitar jam 1.30 pagi. Kunjungan mereka berdua adalah atas dasar persahabatan dan sebagai jiran terhampir KRT Tanjung Mas. Mereka sempat berbual mesra bersama dengan ahli SRS TJ hampir satu jam.

Kawalan TJ juga mengadakan operasi mencegah jenayah ( Memecah Kotak Syiling Public Phone )
Semua SRS yang bertugas semalam yang diketuai oleh Pengerusi KRT Tanjung Mas En. Kamarulzaman dan juga Naib Ketua SRS En. Khairi dibantu oleh rakan-rakan SRS yang lain. Pemantauan yang dijalankan hampir dua jam semalam telah menyekat daripada berlakunya jenayah tersebut. Suspek telah melarikan diri dan tiada sebarang tangkapan dibuat semalam.
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan Naib Ketua SRS kerana terlibat secara langsung dalam operasi ini.

TC 07 bersama dengan TJ 08 sama-sama memerhatikan rakan-rakan TJ bermain karom.

Amzar bersama dengan TJ22 juga bersama-sama memeriahkan malam rondaan SRS TJ

TJ25 sedang memerhati rakan-rakan sambil menikmati minuman


TJ21 bersama dengan TJ07 sedang beradu kemahiran...... Akhirnya TJ21 terpaksa mengalah.




Thursday, December 24, 2009

Kejohanan Badminton Tertutup KRT Tanjung Mas


25/12/2009
KRT tanjung Mas telah mengadakan Pertandingan Badminton Tertutup yang berlangsung di Dewan Badminton Beris Jambu. Kejohanan bermula jam 8.30 pagi ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli dan penduduk KRT Tanjung Mas.
Kejohanan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk mempereratkan lagi ikatan perpaduan dan ukhuwah di kalangan penduduk KRT Tanjung Mas. Program seperti ini akan dirancang dari masa ke semasa supaya anak-anak muda di KRT Tanjung Mas memanfaatkan ruang waktu dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Keputusan Kejohanan

Johan
( Abdul Halim dan Ustaz Zahari )

Naib Johan
( Kahzmi dan Abdul Aziz )

Tempat Ketiga
( En. Kamarulzaman dan Mohammad Hasbullah )


Sebahagian peserta yang menyertai pertandingan Badminton Tertutup Beregu KRT Tanjung Mas


Berbincang sesama sendiri sambil menunggu rakan-rakan yang bertanding selesai.

Pengadil yang adil dan telus
En Abdul Halim

Aduh... sangkut lagi... mungkin itulah yang dikatakan oleh khazmi.....

En. Rosli dan anaknya yang memeriahkan kejohanan ini.


Gaya regu naib johan....


En.Zahari bersama En.Kamaruzaman (Pengerusi KRT)


En.Zahari dan Abe Lie sessi memanas badan.


Mr.Halim berpasangan dengan Mr.Wadid.

Pihak KRT Tanjung Mas mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan ini.


Tuesday, December 22, 2009

Aktiviti Sebelum Rondaan (SRS)

Sebelum aktiviti rondaan, ahli SRS memenuhi masa terluang dengan bermain karom. Perlawanan karom sesama ahli ini adalah bertujuan untuk memeriahkan lagi malam-malam rondaan SRS KRT Tanjung Mas. Banyak lagi aktiviti yang akan dilaksanakan oleh KRT Tanjung Mas untuk memperkasakan dan mengukuhkan perpaduan di kalangan penduduk tanjung mas.
Insya Allah kami akan memasukkan gambar sekitar program yang telah dijalankan oleh KRT Tanjung Mas sepanjang tahun 2009.



















Pengerusi KRT Tanjung Mas En. Kamaruzzaman sedang memerhati anak2 buahnya sedang bermain karom. Juara karom En. Mohd Azam Khan sedang beraksi bersama dengan ahli2 SRS yang bertugas pada malam semalam.



















En. Abdul Halim serta Abg Lie memberi sepenuh perhatian semasa perlawanan tersebut.

Monday, December 21, 2009

Badminton Perpaduan KRT Tanjung Mas

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP KRT TANJUNG MAS

TARIKH : 25 DISEMBER 2009

HARI : JUMAAT

MASA : 8.00 pagi hingga tamat.

TEMPAT : DEWAN BADMINTON BERIS LANJUT, PANJI.
(Dekat Kubur Kristian)

Pengundian akan diadakan di dewan atau tempat perlawanan.
Sila datang tepat pada masa.
Kerja sama tuan amatlah diharapkan. Sekian, harap maklum.

Banjir Gelombang Ke dua 2009