Friday, December 25, 2009

Lawatan Muhibbah TC 05 dan TC07

26/12/2009

Pos Kawalan TJ telah dilawati oleh TC05 dan TC 07 sekitar jam 1.30 pagi. Kunjungan mereka berdua adalah atas dasar persahabatan dan sebagai jiran terhampir KRT Tanjung Mas. Mereka sempat berbual mesra bersama dengan ahli SRS TJ hampir satu jam.

Kawalan TJ juga mengadakan operasi mencegah jenayah ( Memecah Kotak Syiling Public Phone )
Semua SRS yang bertugas semalam yang diketuai oleh Pengerusi KRT Tanjung Mas En. Kamarulzaman dan juga Naib Ketua SRS En. Khairi dibantu oleh rakan-rakan SRS yang lain. Pemantauan yang dijalankan hampir dua jam semalam telah menyekat daripada berlakunya jenayah tersebut. Suspek telah melarikan diri dan tiada sebarang tangkapan dibuat semalam.
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan Naib Ketua SRS kerana terlibat secara langsung dalam operasi ini.

TC 07 bersama dengan TJ 08 sama-sama memerhatikan rakan-rakan TJ bermain karom.

Amzar bersama dengan TJ22 juga bersama-sama memeriahkan malam rondaan SRS TJ

TJ25 sedang memerhati rakan-rakan sambil menikmati minuman


TJ21 bersama dengan TJ07 sedang beradu kemahiran...... Akhirnya TJ21 terpaksa mengalah.




No comments:

Post a Comment