Thursday, December 24, 2009

Kejohanan Badminton Tertutup KRT Tanjung Mas


25/12/2009
KRT tanjung Mas telah mengadakan Pertandingan Badminton Tertutup yang berlangsung di Dewan Badminton Beris Jambu. Kejohanan bermula jam 8.30 pagi ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli dan penduduk KRT Tanjung Mas.
Kejohanan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk mempereratkan lagi ikatan perpaduan dan ukhuwah di kalangan penduduk KRT Tanjung Mas. Program seperti ini akan dirancang dari masa ke semasa supaya anak-anak muda di KRT Tanjung Mas memanfaatkan ruang waktu dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Keputusan Kejohanan

Johan
( Abdul Halim dan Ustaz Zahari )

Naib Johan
( Kahzmi dan Abdul Aziz )

Tempat Ketiga
( En. Kamarulzaman dan Mohammad Hasbullah )


Sebahagian peserta yang menyertai pertandingan Badminton Tertutup Beregu KRT Tanjung Mas


Berbincang sesama sendiri sambil menunggu rakan-rakan yang bertanding selesai.

Pengadil yang adil dan telus
En Abdul Halim

Aduh... sangkut lagi... mungkin itulah yang dikatakan oleh khazmi.....

En. Rosli dan anaknya yang memeriahkan kejohanan ini.


Gaya regu naib johan....


En.Zahari bersama En.Kamaruzaman (Pengerusi KRT)


En.Zahari dan Abe Lie sessi memanas badan.


Mr.Halim berpasangan dengan Mr.Wadid.

Pihak KRT Tanjung Mas mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan ini.


No comments:

Post a Comment