Friday, February 26, 2010

Sambutan Maulidul Rasul 1431 Hijrah.

Pada 25.Februari 2010 bersamaan 11 Rabiul awal 1431, KRT Tanjong Mas telah mengadakan sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. di Musaala Taman Tanjong Mas. Majlis bermula dengan sembahyang Maghrib berjamaah, bacaan Yaasin, Selawat Nabi, Sembahyang Isyak berjamaah dan jamuan ringan. Bagi pihak penganjur. diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir. Wassalam.






















Tuesday, February 16, 2010

Mesyuarat KRT Tanjong Mas Pertama 2010.


Suatu Mesyuarat Ahli Jawatankusa KRT Tanjong Mas Akan Diada Seperti Berikut :


Tarikh : 19 Februari 2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 p.m.
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah Sri Al-Hikmah.

Semua AJK Dijemput Hadir.

Sekian, Terima Kasih.

Pengumuman.


KRT Tanjong Mas Akan Mengadakan Majlis Bacaan Yaasin Antara Maghrib Isyak' Bermula Pada 18 Februari 2010. Majlis Ini Akan Berterusan Setiap Hari Khamis Malam Jumaat Bertempat Di Musaala Taman Tanjong Mas. Kepada Semua Ahli KRT Tanjong Mas Yang Ada Kelapangan Dijemput Hadir.

Sekian, Harap Maklum Dan Terima Kasih.

'MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN'

Saturday, February 6, 2010

Roti Nan

Pada 04 Februari 2010, Jiran Wanita KRT Tanjung Mas telah mengadakan aktiviti membuat roti nan yang dikendalikan oleh Kak Ani. Aktiviti bermula pada pukul 3.00 petang dan selesai pukul 7.00 petang.

Resepi Roti Nan.
1 kg gandum
2 sudu besar serbut penaik (yis)
1/2 sudu besar garam halus
4 cawan air

Cara Membuat.
Masukkan 2 sudu besar yis kedalam bekas, diikuti dengan 1/2 sudu besar garam dan 4 cawan air. Kemudian masukkan 1 kg gandum dan uli sehingga sebati dan tidak melekat pada bekas. Setelah itu roti sedia dibakar dengan menggunakan sedikit minyak.

Tepung diuli secukupnya.


Uli Kak oii uli sampai tak melekat pada bekas.


Chef Kak Ani sedang menerangkan cara membuat 'buah' setelah selesai roti diuli.


Inilah 'buah' dihasilkan hasil adunan tepung siap untuk dibakar.


Salah seorang Jiran Wanita sedang menguli tepung untuk dijadikan roti nan.

Chef Kak Ani menerangkan teknik membuah buah setelah selesai menguli tepung.


Friday, February 5, 2010

Rondaan Perdana


Pada 04.02.2010 Biro Keselamatan KRT (SRS) telah mengadakan rondaan perdana 2. Rondaan bermula jam 11.00 malam dan berakhir jam 3.00 pagi. Seramai 30 ahli SRS keluar untuk rondaan beramai-ramai dan dibahgikan kepada 3 stesen kawalan.

Jamuan ringan disediakan sebelum rondaan.


Masuk baris dan taklimat pembahagian tugas.

Pak Din (TJ09) bahagi zon rondaan.

Pengerusi KRT Tanjong Mas En.Kamaruzaman sedang menyampaikan beberapa maklumat KRT dan SRS.


Khusuknya TJ06 dok dengar taklimat boss....

Rondaan di tepi taliair jam 1.30 pagi.

Kawalan 1

Kawalan 3
Kawalan 2 jam 3.00 pagi.