Saturday, February 6, 2010

Roti Nan

Pada 04 Februari 2010, Jiran Wanita KRT Tanjung Mas telah mengadakan aktiviti membuat roti nan yang dikendalikan oleh Kak Ani. Aktiviti bermula pada pukul 3.00 petang dan selesai pukul 7.00 petang.

Resepi Roti Nan.
1 kg gandum
2 sudu besar serbut penaik (yis)
1/2 sudu besar garam halus
4 cawan air

Cara Membuat.
Masukkan 2 sudu besar yis kedalam bekas, diikuti dengan 1/2 sudu besar garam dan 4 cawan air. Kemudian masukkan 1 kg gandum dan uli sehingga sebati dan tidak melekat pada bekas. Setelah itu roti sedia dibakar dengan menggunakan sedikit minyak.

Tepung diuli secukupnya.


Uli Kak oii uli sampai tak melekat pada bekas.


Chef Kak Ani sedang menerangkan cara membuat 'buah' setelah selesai roti diuli.


Inilah 'buah' dihasilkan hasil adunan tepung siap untuk dibakar.


Salah seorang Jiran Wanita sedang menguli tepung untuk dijadikan roti nan.

Chef Kak Ani menerangkan teknik membuah buah setelah selesai menguli tepung.


No comments:

Post a Comment